Info

Adalah diperakui bahawa

YAYASAN PATRIOT NEGARA MALAYSIA
33C-3-6 VILLA PUTERI CONDOMINIUM, JALAN TUN ISMAIL
50480 KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7
Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah
PPM-014-14-12042013

Diperbuat dengan ditandatangani pada
12 haribulan April 2013
........................................................
Pendaftar Pertubuhan,
Malaysia



Pengenalan

Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) ditubuhkan pada 12 April  2013 atas dasar cinta dan sayang akan negara.  Kedaulatan dan kemerdekaan Negara ini adalah rahmat besar kurniaan Tuhan kepada setiap rakyatnya. Oleh kerana itu amatlah penting untuk kita bersama berusaha menyemarakkan cinta kan Negara ini terutama untuk menjamin perpaduan kaum dan budaya. Amat perlu di perkukuhkan dalam jiwa setiap generasi dengan secara kemas dan berterusan sebagai pengisian dalam pembangunan Negara ini.

Penghayatan semangat patriotik yang dilihat semakin luntur dalam jiwa rohani generasi masa kini mula dilihat sebagai fenomena yang perlu ditangani segera di Malaysia. Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta. Biasanya, golongan yang tidak menyedari kepentingan sejarah silam cenderung kepada kurang memiliki semangat patriotik. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Menurut kata cendikiawan, tiada bangsa di dunia yang tidak mencintai tanah airnya sendiri. Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa depan negara kabur jika generasi pelapis luntur semangat patriotiknya. Oleh itu , langkah-langkah berkesan dan berterusan perlu dilakukan dengan lebih pragmatik untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat keseluruhannya.

Objektif

1.       Visi Utama Penubuhan adalah seperti berikut:
2.       Merakyatkan semangat patriotik yang tinggi dalam setiap warganegara Malaysia
3.       Menjadikan perjuangan patriotik sebagai asas pendidikan dan pentadbiran Negara.
4.       Menjadikan patriotisma sebagai perisai melindungi Negara dari sebarang anasir yang tidak di ingini.
5.       Menjadikan patriotik sebagai sumber kekuatan pembangunan sosial dan ekonomi


Misi

1. Mengukuhkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara kepada pelbagai lapisan 
    Masyarakat.

2. Mempertingkatkan penghayatan nilai agama dan budaya yang dianuti dalam suasana toleransi, kasih 
    sayang serta hormat menghormati sesame rakyat.

3. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati  adat resam dan pantang larang kaum-kaum
    di Malaysia.

4. Mengembalikan semangat perpaduan, kasih sayang  dan kesetian yang tidak berbelah bagi kepada
tanah air dan Negara

5.Memberi kesedaran kepentingan nilai patriotik dalam pelbagai sector masyarakat  sosial, pendidikan,
   politik, ekonomi dan pentadbiran awam


Kesimpulan

Dalam dunia yang pesat membangun bersama sains dan teknoloji yang jauh kehadapan dan bersifat tanpa sempadan maka, cabaran kepada Negara kita semakin tinggi, hebat dan pelbagai.  Maka iltizam untuk memperkasakan jiwa patriot kepada setiap individu Negara ini perlulah dibumikan secara berterusan sepanjang masa tanpa henti.

Patriotik adalah perisai kepada jiwa Negara ini.  Patriotik adalah pertahanan kepada kedaulatan tanah air ini.  Patriotik seumpama roh dalam jasad sesebuah Negara.
Tanpanya maka  gugur lah kita, hancur lah semua.  Oleh itu sebagai jiwa yang merdeka, marilah bersama memberi sokongan dan dokongan padu dan mengembeling tenaga, megolah akal dan memberi segala bantuan yang diperlukan bagi menjayakan hasrat ini demi masa depan yang lebih terjamin dan berkekalan.




SOAL JAWAB LAZIM PATRIOTIK


Apa yang dimaksud dengan Patriot?

Patriot ialah seorang yang bersungguh-sungguh menjadikan sokongan kepada kedaulatan negara sebagai perjuangan hidupnya. Seseorang yang memiliki perasaan cinta tanpa syarat kepada negara serta bersedia berjuang dan melakukan apa sahaja untuk negaranya. Sentiasa menyokong negara dan mempertahankan negara secara berterusan dan berpanjangan hingga ke akhir hayatnya.

Apakah semangat Patriotik?

Suatu perasaan yang terhasil dari inspirasi cintakan negara tanpa berbelah bahagi. Taat, sayang dan bangga dengan negaranya walau pada apa-apa situasi dan keadaan. 

Patriotik merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotik ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.

Patriotik melibatkan aspek-aspek yang meliputi keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, kesungguhan dan kesinambungan bagi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara Malaysia.

Siapa yang boleh menjadi Patriot?

Semua warganegara berpeluang menjadi Patriot Malaysia dengan menunjukkan komitmen dan membuktikan kecintaannya kepada negara. Semangat patriotik perlu tersemat dalam sanubarinya dengan penghayatan tinggi dan bersunguh-sungguh.

Bagaimana Menjadi Patriotik.

Melakukan usaha-usaha membina dan mempertahankan Negara Malaysia dengan pelbagai cara yang benar sebagai menzahirkan kecintaan kepada kedaulatan negara. Merasa bertanggungjawab melindungi negara dari pelbagai anasir dalam dan luar negara yang merancang atau sedang melakukan usaha menjatuhkan imej, nama baik, kebudayaan, kehidupan sosial, keselamatan masyarakat dan pentadbiran negara.

Siapakah Patriot yang boleh dicontohi?

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibniAlmarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. 
Datuk Onn bin Ja'afar
Tun Dato Sir Tan Cheng Lock
John Aloysius Thivy
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Al-Haj
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
Tun Hussein bin Dato' Onn
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Antara Pejuang-pejuang silam yang memiliki semangat patriotik Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah, Datuk Bentara Luar Johor, Rentap dan Tun Perak.

 

No comments:

Post a Comment